Program Kembara Rabbani Siswa 09 (KERIS) ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa/i tentang Islam yang bersifat universal supaya dapat menjadikan islam sebagai cara hidup serta untuk memantapkan akidah dan keimanan mahasiswa/i agar menjadi muslim yang benar-benar berkualiti.Selain itu juga program ini adalah bertujuan memupuk dan melahirkan mahasiswa/i yang bertanggungjawab pada diri agama,bangsa dan negara.Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta di samping dapat bertukar pandangan dan ilmu pengetahuan.Program seperti ini juga dapat membentuk sahsiah mahasiswa/i agar menjadi individu yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam masyarakat.Di samping itu juga ia dapat membentuk mahasiswa/i menjadi manusia yang berkualiti dalam semua aspek serta menjadi individu yang bertakwa dan sentiasa ingat kepada Allah dan berjaya di dunia di akhirat.
Tarikh:24,25,26 Julai 2009
Tempat:Masjid Wilayah Persekutuan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”
-Baihaqi-
Setiap individu haruslah mempunyai perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim.Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.