Saturday, July 18, 2009

joM ke KEriS~

assalamualaikum w.b.t

Program Kembara Rabbani Siswa 09 (KERIS) ini diadakan untuk memberi kefahaman kepada mahasiswa/i tentang Islam yang bersifat universal supaya dapat menjadikan islam sebagai cara hidup serta untuk memantapkan akidah dan keimanan mahasiswa/i agar menjadi muslim yang benar-benar berkualiti.Selain itu juga program ini adalah bertujuan memupuk dan melahirkan mahasiswa/i yang bertanggungjawab pada diri agama,bangsa dan negara.Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta di samping dapat bertukar pandangan dan ilmu pengetahuan.Program seperti ini juga dapat membentuk sahsiah mahasiswa/i agar menjadi individu yang cemerlang,gemilang dan terbilang dalam masyarakat.Di samping itu juga ia dapat membentuk mahasiswa/i menjadi manusia yang berkualiti dalam semua aspek serta menjadi individu yang bertakwa dan sentiasa ingat kepada Allah dan berjaya di dunia di akhirat.

Tarikh:24,25,26 Julai 2009

Tempat:Masjid Wilayah Persekutuan


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”

-Baihaqi-

Setiap individu haruslah mempunyai perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim.Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya akan didapati kosong, kecewa dan hampa.


Sunday, July 5, 2009

TAPAK PROGRAM KERIS AKAN DATANG DI MASJID WILAYAH!!!

TASIK YANG MENGELILINGI SEKITAR MASJID MENDAMAIKAN...






TEMPAT PENGINAPAN 5BINTANG..(^^)



PEMANDANGAN HADAPAN TAPAK PROGRAM


Thursday, June 25, 2009

Kembara Rabbani Siswa (KERIS).

ASSALAMUALAIKUM....
SALAM UKHWAH...


INGIN TAHU APA ITU (KERIS)?

Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan ISIUKM 09/10 telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan program KEMBARA RABBANI SISWA atau lebih dikenali sebagai "KERIS"

KERIS merupakan satu program yang Insyaallah akan di adakan pada penghujung bulan JULAI ini iaitu dari 24-26 Julai 2009
di Masjid Wilayah Prsekutuan Kuala Lumpur.
KERIS merupakan salah satu daripada program

Matlamat kembara :
  • Melahirkan mahasiswa/i yang berilmu, beramal dengan ilmu
yang bermanfaat selari dengan falsafah universiti
  • Membimbing mahasiswa berdasarkan syariat Islam
  • Menerapkan nila-nilai-nilai kesyumulan Islam dalam diri mahasiswa



Selari dengan tema yang diketengahkan iaitu " MAHASISWA BERKUALITI PEMANGKIN GENERASI PRODUKTIF"

Pelbagai aktiviti telah direncanakan untuk menjadikan KEMBARA ini, KEMBARA yg amat bermakna dalam kehidupan.
"kembara"kan diri ke arah yang lebih baik.
Insyaallah...
antara aktiviti:

KEMBARA+LDK+QIAMULLAIL +CERAMAH+SUKAN

inginkan satu perubahan dalam pengembaraan kehidupan ini ??
Ayuh bersama kita mengembara dengan menyertai KEMBARA RABBANI SISWA.
beRgerak+bekerJa+beruBAH.. demi menjadi muslim yang sejati, yang diredhai oleh Allah Taala. TAKBIR!!

TALIAN DIHUBUNGI~

SEBARANG PERTANYAAN,PERMASALAHAN:: SILA HUBUNGI::


W. AhmadFahmi:0136448830
Siti Aishah Yusoff
:0133266591

atau ketua pengarah program:
Khalil : 0193734262



ANDA BOLEH MENINGGALKAN PESANAN/PERSOALAN/KOMEN/CADANGAN DI RUANGAN "SINGGAH SELALU" @ DI KOMEN PADA ENTRY YG DIPOST..
INSYAALLAH..
AKAN KAMI MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN..


TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA ANDA

Wednesday, June 24, 2009

:: Akan datang::



AKAN DATANG!!!!



KEMBARA RABBANI SISWA 2009
[KERIS '09]



PADA: 24- 26 JULAI 2009
TEMPAT : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
ANJURAN : IKATAN STUDI ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
[ISIUKM]




BAYARAN??

HANYA RM 1


SEGALANYA DITANGGUNG...
MAKAN, MINUM,TEMPAT TINGGAL SEMUA DISEDIAKAN

ANDA HANYA PERLU MENYERTAI KAMI....
BERSEDIA...
UNTUK SATU KEMBARA
KE JALAN YANG DIREDHAI...
MENGHAMPIRI ILAHI...
INSYAALLAH...
HIDUP AKAN LEBIH DIBERKATI
MENANTI DAMAI ABADI

~AMIN~